Wednesday, 11 May 2011

peperiksaan~!!!~

asalamuaalikum~



pda minggu depan aku akan dilanda peperiksaan *mid-year* aku harap aku akan melaksanakna dengan cemerlang dan aku akan dapat markah yang cemerlang~ amin..

Disini, aku nak share skit tentang doa-doa ade kaitan dengan nya peperiksaan yer~..

DOA KETIKA MASUK KE DEWAN PEPERIKSAAN

وَقُلْ رَبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَلْ لِي مِنْ لَدُنْكَ سُلْطَانًا نَصِيرًا
 
Maksudnya: “Dan katakanlah: “Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku daripada sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku.”

KETIKA MENERIMA KERTAS SOALAN 

قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي. وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي. وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي. يَفْقَهُوا قَوْلِي.

Maksudnya: “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagiku tugasku. Dan lepaskanlah simpulan daripada lidahku, supaya mereka faham perkataanku.”

KETIKA SUSAH UNTUK MENJAWAB

ياَ حَيُّ يَا قَيُّوْمُ، بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْثُ.

Maksudnya: “Wahai Tuhan yang maha hidup lagi maha berdiri dengan sendirinya. Dengan rahmatMu aku bermohon pertolongan.”

ataw

للَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزَنَ الصَّعْبَ إِنْ شِئْتَ سَهْلاً

Maksudnya: “Ya Allah! Tidak ada kesenangan melainkan pada perkara yang engkau jadikan kesenangan padanya. Dan engkau menjadikan kedukacitaan dan kesukaran sebagai mudah dan senang jika Engkau kehendaki.”

JIKA TERLUPA JAWAPAN

للَّهُمَّ يَا جَامِعَ النَّاسِ لِيَوْمٍ لاَ رَيْبَ فِيْهِ اجْمَعْ عَلىَ ضَالَّتِيْ مَعْلُوْمَاتِيْ


Maksudnya: “Ya Allah! Tuhan yang menghimpunkan manusia pada hari yang tiada keraguan padanya. Himpunkan barangan dan maklumat yang hilang daripadaku.”


DOA UNTUK MENGHARAPKAN SESUATUH.
Allahumma ya Allah..aku pohon keampunan Mu ya Allah.

Ya Allah !Aku adalah hamba Mu dan anak dari hambaMu. Ubun-ubunku berada diatas tangan Mu. Janganlah Kau tinggalkan aku dalam keadaan berhajat melainkan kau tunaikan hajatku, janganlah kau tinggalkan aku dalam keadaan bermohon melainkan Kau penuhilah permohonan ku.

Ya Allah! Aku bermohon kepada Mu. Jika dengan kejayaan didalam peperiksaan ini membuatkan aku lebih beristiqamah dalam menyampaikan agamamu,maka izinkanlah kejayaan tersebut. Jika sebaliknya,aku pulangkan segala – galanya didalam pengetahuanmu.

Ya Allah, Ya Tuhanku....Sesungguhnya engkau mengetahui setiap perkara yang berlaku dan Engkaulah yang berkuasa atas perkara tersebut...Amin

0 comments:

 
Get More Blogger Layouts At Hotlayouts2u.com